
SYNOPSIS.
KABAYAN - Hanya satu permulaan
Kabayan adalah seorang gadis kampung yang
sederhana hidupnya, namun mempunyai kemahiran mengubati orang dan amat
menyintai ilmu perubatan. Kisahnya bermula apabila bapanya, Tabib Tok Alang
membawa Kabayan ke Kota Melaka untuk belajar menjadi seorang Tabib di Balai
Rawat.
Di Kota Melaka, Kabayan menghadapi
pelbagai ujian, daripada kerenah puteri-puteri Sultan Melaka sehinggalah ke
medan peperangan. Kabayan bernasib baik kerana mempunyai sahabat-sahabat yang
setia, guru-guru yang sentiasa membimbing dan seorang bapa yang penyayang.
Namun begitu, dia juga mempunyai musuh yang sentiasa berdengki dan cemburu
terhadapnya
Di
dalam kekecohan ketika Kota Melaka diserang lanun, Kabayan difitnah memberi
racun kepada Puteri Seri Ayana. Berbekalkan ilmu pengetahuan dan bantuan
daripada Dewi, akhirnya Kabayan dapat menyelesaikan masalahnya itu dan
membersihkan namanya balik. Dia juga dapat berkawan baik dengan puteri-puteri
Sultan Melaka.